Latar Belakang
Putera Army Rileks Community

PARC ialah akronim untuk ‘Putera Army Rileks Community’ yang merupakan komuniti teknologi maklumat yang didirikan pada tahun 2001 yang mengumpulkan anak-anak muda dan pelajar daripada seluruh Malaysia dengan bakat tersembunyi di dalam bidang teknologi maklumat khusus dalam skop rangkaian dan sekuriti alam maya.

Komuniti ini didirikan pada 2001 yang mana pada asalnya hanya sebuah forum yang dipanggil RC.my atau RIleks Community. Pada 2015, komuniti PARC mengendalikan kelas secara tersendiri untuk masyarakat. Kelas ini diajar oleh 5 orang tenaga pengajar dengan berlatarbelakangkan dan berpendidikan sains komputer dan teknologi maklumat menggunakan pelbagai perisian seperti Skype sebagai medium perantaraan dan Microsoft Word sebagai medium untuk tenaga pengajar mengedarkan nota dan soalan ujian kepada peserta.