Latar Belakang PARC

Latar belakang pertubuhan Putera Army Rileks Community sehingga kini

PARC ialah akronim untuk ‘Putera Army RIleks Community’ yang merupakan komuniti teknologi maklumat yang didirikan pada tahun 2001 yang mengumpulkan anak-anak muda dan pelajar daripada seluruh Malaysia dengan bakat tersembunyi di dalam bidang teknologi maklumat khusus dalam skop rangkaian dan sekuriti alam maya.

Komuniti ini didirikan pada 2001 yang mana pada asalnya hanya sebuah forum yang dipanggil RC.my atau RIleks Community. Pada 2015, komuniti PARC mengendalikan kelas secara tersendiri untuk masyarakat. Kelas ini diajar oleh 5 orang tenaga pengajar dengan berlatarbelakangkan dan berpendidikan sains komputer dan teknologi maklumat menggunakan pelbagai perisian seperti Skype sebagai medium perantaraan dan Microsoft Word sebagai medium untuk tenaga pengajar mengedarkan nota dan soalan ujian kepada peserta.

Kelas ini mendapat respon sebanyak 500 peserta yang berminat dengan pelbagai later belakang yang ingin menyertai kelas ini. Daripada jumlah peserta yang berminat tersebut, 200 peserta dipilih untuk menyertai sesi kelas tersebut. PARC juga mengendalikan ujian untuk menguji kefahaman para peserta berdasarkan silibus kelas yang telah dipelajari. Sepanjang sesi kelas, tiada cas yang dikenakan kepada para peserta.

Misi

Memartabatkan anak-anak muda dengan pengetahuan Teknologi Maklumat seiring dengan Revolusi Industri 4.0 secara professional berdasarkan perpaduan, pemikiran dan visi yang inovatif

Membuatkan Teknologi Maklumat sebagai pengetahuan asas yang perlu dipelajari oleh golongan muda untuk masa depan yang lebih gemilang seiring dengan Revolusi Industri 4.0

Visi

Objektif Putera Army Rileks Community